Thursday, June 3, 2010


CADANGAN KERTAS KERJA


EKSPIDISI MERDEKA
GUNUNG KINABALU 2010



ANJURAN
PERSATUAN BELIA(MBFM)
CAWANGAN FELDA CHIKU 02



14,15,16,17,18HB SEPT 2010


Taman Negara kinabalu,
Kota kinabalu, sabah


1 PUNCAK 1 KEMERDEKAAN 1 MALAYSIA





1.                  PENDAHULUAN

Program ini merupakan  julung kali Persatuan Belia(MBFM)Cawangan Felda Chiku 02 di luar Semenanjung Malaysia. Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada belia-beliawanis Tanah Rancangan Felda untuk sama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan ahli persatuan dalam menjayakan visi program untuk menawan puncak tertinggi Asia Tenggara sebagai hadiah bermakna buat kemerdekaan negara kali ke 53.

2.                  OBJEKTIF

            Menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan pencapaian menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara sebagai Satu Puncak Satu Kemerdekaan Satu Malaysia.
            Sebagai medan untuk ahli-ahli persatuan menyemarakkan semangat cintai khazanah alam.
            Menyemarakkan semangat setiakawan dalam menempuh cabaran selama lima hari empat malam bersama-sama menempuh cabaran dalam mencapai visi menawan puncak Kinabalu sebagai hadiah kepada kemerdekaan negara. 

3.                  NAMA PROGRAM
EKSPIDISI MERDEKA GUNUNG KINABALU 2010
4.                  ANJURAN
           Persatuan Belia(MBFM)Cawangan Felda Chiku 02,

5.                  TARIKH
 14hb – 18hb September  2010( Tarikh awal mengikut perancangan).


6.                  TEMPAT
6.2      Taman Negara Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah.

7.                  KUMPULAN SASARAN
            Belia dan beliawanis wanita di Tanah Rancangan Felda Chiku 02
            Jumlah Peserta 40 peserta dengan 30 peserta dan 10 orang ahli jawatankuasa program.

8.                  MOTO PROGRAM
            Satu Puncak Satu Kemerdekaan Satu Malaysia.

9.                  TENTATIF PROGRAM


Hari Pertama
14hb Sep 2010
08.00pagi – Tiba Di KL Sentral
08.00pagi – Sarapan Pagi
09.00pagi – Bertolak ke LCCT, KLIA
10.00pagi – Tiba di LCCT, KLIA.
12.30tengah hari – Bertolak ke LCCT Kota Kinabalu.
03.30petang – Tiba di LCCT Kota Kinabalu.
04.00petang – Bertolak ke Hotel Penginapan.
05.00petang – Tiba di hotel penginapan dan Check In Hotel
06.00petang – Rehat
Malam – Aktviti Bebas.

Hari Kedua
15hb Sept 2010
08.00pagi – Sarapan Pagi
08.30pagi – Aktiviti Mendaki
12.30tengah hari – Makan Tengahari.
02.00petang - Aktiviti Mendaki
03.30petang – Tiba di hotel penginapan dan Check In Hotel
04.00petang – Rehat
Malam – Aktviti Bebas
Malam – Aktviti Bebas
Hari Ketiga
16hb Sept 2010
02.30pagi – Mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu
06.30pagi – Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu
07.00pagi – Turun Dari Puncak Gunung Kinabalu
10.30pagi – Tiba di Kaki Gunung Kinabalu dan rehat
12.30tengah hari – Makan Tengahari.
02.00petang – Bertolak ke Hotel Penginapan di Kota Kinabalu.
04.30petang – Tiba di hotel penginapan dan Check In Hotel
04.00petang – Rehat
Malam – Aktviti Bebas

Hari Keempat
17hb Sept 2010
08.00pagi - Sarapan Pagi.
08.30pagi - aktiviti Bebas ke bertolak ke LCCT KLIA.
12.30tghari - Bertolak ke LCCT KLIA
03.00ptg – Tiba di LCCT KLIA.
3.30ptg - Bertolak ke KL SENTRAL
04.30ptg – Tiba L KL Sentral dan Aktiviti Bebas sebelum bertolak pulang.
08.00malam – Bertolak Pulang ke Gua Musang.
Hari Kelima
18hb Sept  2010
06.00pagi – Tiba di stesen keretapi Gua Musang.
08.30 pagi – Bertolak pulang Ke Felda Chiku 02.
09.00 pagi – tiba Di Felda Chiku 02.
09.30 pagi – Maljis Perasmian penutup.
10.30 pagi – Selesai dan Minum pagi
11.00 pagi – Bersurai.

10.             Anggaran Perbelanjaan.

A)                Anggaran Perbelanjaan
1)     Pentadbiran.
1.1. Fail ( 10unit X RM2.50)                                                     RM 25.00
1.2. Pen (10unit  X RM2.00)                                                    RM20.00
1.3. Kertas A4 ( 01Rim x RM 10.00)                                       RM10.00
1.4. Marker Pen ( 03unit X RM 3.00)                                       RM9.00
            JUMLAH                                                                   RM64.00
2)     Pengangkutan. 
2.1 Tiket Kapal Terbang( pergi balik)         
       LCCT – KLIA( 40 orang X RM 1000.00)                       RM40000.00
2.2 Tiket kereta api( pergi balik)
     Gua Musang – KL Sentral( 40 orang X RM 30.00)      RM1200.00
2.3 Tiket Bas ( pergi balik)         
      KL Sentral – LCCT KLIA ( 40 orang X RM 20.00)      RM800.00
JUMLAH                                                            RM42000.00
3)     Penginapan. 
3.1  Pakej Penginapan termasuk  Pendakian, Makan Minum dan Permit Mendaki ( 40 orang X RM500.00)                              RM20,000.00
JUMLAH                                                                 RM20,000.00

4)     Publisiti dan Promosi
3.1. Kain Rentang (02unit X RM 250.00)                       RM500.00
JUMLAH                                                                RM 500.00

5)     Hadiah dan Cenderahati
4.1. Cenderahati Perasmian                                         RM100.00
4.2. T-shirt AjK-Ajk Program
       ( 40orang X RM 30.00)                                           RM1200.00
JUMLAH                                                              RM 1300.00

6)     Kontigengrasi                                                               RM1000.00

JUMLAH KESELURUHAN                                        RM64864.00

B) Anggaran Pendapatan

Peruntukkan yang Diperolehi dari KBS                                    RM28000.00
Tajaan yang diperlukan dari pelbagai pihak.                           RM36864.00
JUMLAH KESELURUHAN                                                          RM64864.00




11.             PENUTUP

Rasional kepada program yang bakal dijalankan adalah untuk mengangkat krebiliti serta kemampuang belia-beliawanis melalui budaya setiakawan, patriotisme, budaya berekreasi, dan juga budaya cinta alam. Dan ianya secara tidak langsung menghapus tanggapan-tanggapan negetif terhadap belia-beliawanis di Tanah-tanah Rancangan Felda. Adalah menjadi harapan kepada semua warga belia-beliawanis dengan adanya program seumpama ini untuk terus maju kehadapan seiring dengan pembangunan yang direncanakan oleh Persatuan Belia(MBFM) Cawangan Felda Chiku 02 khasnya dan Kerajaan amnya.




2 comments:

  1. MINTA IZIN PINJAM SBGAI RUJUKAN

    ReplyDelete